Kerjaya antarabangsa Dennis_Aogo

Aogo merupakan sebahagian daripada ahli pasukan bawah-21 Jerman. Oleh kerana peraturan-peraturan FIFA pada masa itu, beliau dihalang untuk mewakili Nigeria kerana telah mewakili pasukan remaja Jerman. Tetapi pada peraturan yang baru dikeluarkan FIFA, badan ini telah mengeluarkan had umur bagi penukaran pasukan kebangsaan yang bermaksud Aogo boleh menukar Jerman kepada Nigeria. Walau bagaimanapun, selepas menolak beberapa jemputan oleh Persatuan Bola Sepak Nigeria, beliau merasakan dirinya lebih baik mewakili Jerman dan mempunyai peluang baik untuk merebut tempat di skuad senior Jerman. Pasukan Nigeria telah memanggil beliau untuk skuad Piala Dunia FIFA 2010 namun pada Januari 2010, Aogo mengumumkan bahawa beliau akan tetap bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman. Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa untuk Jerman pada perlawanan persiapan Piala Dunia menentang Malta, Jerman menang 3-0 pada 13 Mei 2010. Beliau bermain selama 79 minit sebelum digantikan oleh Jérôme Boateng.

Statistik

Sehingga 2 Jun 2013
PasukanTahunKmnclnGol
Jerman201030
201160
201210
201320
Jumlah120